Isnin, 22 Oktober 2012

Ustaz Ebit Lew Abdullah - Binalah yakin kita dan anak-anak kita hanya kepada ALLAH -

Binalah yakin kita dan anak-anak kita hanya kepada ALLAH

Keyakinan pada ALLAH ialah asas dalam Islam. Tiada tuhan melainkan ALLAH. Dialah ALLAH yang membuat segalanya. Awal agama ialah mengenal ALLAH. 

Nabi Ibrahim as, dibakar dalam api. Semua orang nak bunuh dia termasuk bapa dia. Tapi semua makhluk dan api yang besar tidak boleh bagi bahaya melainkan ALLAH. Semua makhluk keliling kita tidak boleh buat apa melainkan dengan izin ALLAH. Inilah dalam hati sahabat dan anak-anak mereka.

Tiadalah sesuatu penyakit atau musibah datang pada seseorang melainkan telah ditakdirkan oleh ALLAH.

Orang Islam dulu sangat takutkan ALLAH lebih dari segalanya. Malangnya hari ini orang lagi takut hantu, jin, syaitan lebih dari ALLAH.

Perkara yang lebih malang lagi bila apa sahaja yang berlaku dikaitkan dengan jin,saka dan syaitan. Kenapa anak malas pergi sekolah? Kenapa bergaduh? kenapa rezeki tidak datang? kenapa suka bangun lambat? kenapa malas solat dan amal agama?

Setiap orang akan bertanggungjawab atas amalannya. Nanti di akhirat ditanya kenapa malas menuntut ilmu? Ya ALLAH ada jin dalam badan saya. Boleh ke jawab macam tu? Setiap apa yang berlaku adalah kerana dosa kita dan amalan kita. Berapa banyak cerita keyakinan pada ALLAH dan dakwah dalam Al-Quran sehingga semua hal. Sangat banyak. Tetapi kenapa kita cari cerita yang tiada dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW?

Nabi dah ajar baca ayat (syifa,manzil, al maksurat) dan lain-lain. Amalkan itu sudah memadai. InshaALLAH selamat.

Banyak lagi kerja dakwah dan kayakinan pada ALLAH dan kecintaan pada Nabi SAW dan amalan Islam yang lain dan pengorbanan atas agama . Tapi ada umat ini yang menghabiskan masa mereka dengan siang dan malam dengan jin dan syaitan. Syaitan dan jin memang banyak. Tapi mereka dengan hidup mereka. Kita dengan hidup kita. Mereka cuma goda kita. Bukan masuk dalam badan kita. Nabi SAW pernah kena sihir. Tapi setle dengan 3 Qul jer.

Cukup takut jin syaitan terasa. Bila seseorang kata hantu dan jin tiada kuasa, orang kata jangan celupar mulut. Jangan merendahkan jin or syaitan nanti terkena. Sehingga tv dan pelbagai rancangan pasal hantu dan jin ini. Semoga ALLAH ampunkan dosa umat ini. Ini semua salah saya. Perkara yang lebih besar manusia mati tanpa Islam dan amalan agama tidak dihiraukan.

Kasihannya umat ini. Allah yang bagi segalanya dia tidak takut apapun. Solat lambatkan dan tinggalkan dengan sengaja tidak rasa apa. Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua. Al-Quran malas baca,pun tidak takut. Mengumpat atau fitnah saudara lagi besar pun tidak takut. Ya ALLAH apalah yang melanda kami ini. Ampunkan dosa.
kami semua.

Jangan rosakkan keyakinan anak-anak kita dengan mengaitkan semuanya dengan jin dan syaitan. Kita bertanggungjawab atas amalan kita. Kita akan dihitung dengan amalan kita. Ya ALLAH ampunkan dosa umat ini- ebitlew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kek batik marbeles

Asalamualaikum Lama Tak bersiar Hari ini tekak teringin nak makan kek batik.anak yang sulung asyik bertanya bila nak buat kek batik s...