Khamis, 18 Disember 2014

ROTI SARANG LEBAH...saya suka..




Assalamualaikum..
Pertama kali aku buat roti ni ..alhamdulilah jadi jugak sebab teringin sgt nak makan..
terima kasih pada penyumbang resepi. aku x ingat namanya maaf ya..


Bahan (A) simple je..

2 cawan tepung roti/ tepung gandum- aku campurkan 1cawan tpg roti & 1 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak/butter cair
1 sudu kecil softener dough
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil double acting baking powder
sedikit garam

Bahan (B) campurkan :
1/2 air suam ,1 sudu besar mauripan - bagi yis kembang dulu ya.kemudian baru masukkan 1/2 cawan yogurt dan 1 sudu besar gula biarkan larut..

cara-caranya :

Masukkan tepung ,softener dough,bread improver,baking powder dan garam gaulkan kemudian masukkan minyak gaulkan sebati..aku guna mixer dan masukkan bahan B gaul lagi..
sekarang uli gunakan tangan sebelum tu sapu minyak masak pada tangan ya..dan terus uli sampai x tak larat nak uli..dan rehatkan doh 30 minit kemudian uli doh bulat-bulat sebesar buah langsat mcm kat gambar di bawah tu...sapu minyak dan susun..lepas tu kena rehatkan 1jam ok.panaskan oven terlebih dulu 170c api atasbawah ..masa bakar gunakan api bawah je..10 minit kemudian baru 5minit api atasbawah..


tunggu naik ya..

ok tabur badam dan chery

yang telah siap dibakar..
-SELAMAT MENCUBA-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kek batik marbeles

Asalamualaikum Lama Tak bersiar Hari ini tekak teringin nak makan kek batik.anak yang sulung asyik bertanya bila nak buat kek batik s...