Khamis, 18 Disember 2014

tempahan roti sarang lebah..


Assalamualaikum..salam jumaat..
hari ini i dapat tempahan dari Kak aza ..terima kasih kak aza lain kali order lagi ya..
              Cream puff yang pic kat bawah tu baru belajar ..nanti i bagi resepi..ya..
-SELAMAT MENJAMU MATA-


tunggu roti naik..
cream puff  telah siap dibakar
 custard dah siap dimasak

dah siap boleh makan. inti i letak dalam

roti sarang lebah dah siap..



ROTI SARANG LEBAH...saya suka..




Assalamualaikum..
Pertama kali aku buat roti ni ..alhamdulilah jadi jugak sebab teringin sgt nak makan..
terima kasih pada penyumbang resepi. aku x ingat namanya maaf ya..


Bahan (A) simple je..

2 cawan tepung roti/ tepung gandum- aku campurkan 1cawan tpg roti & 1 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak/butter cair
1 sudu kecil softener dough
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil double acting baking powder
sedikit garam

Bahan (B) campurkan :
1/2 air suam ,1 sudu besar mauripan - bagi yis kembang dulu ya.kemudian baru masukkan 1/2 cawan yogurt dan 1 sudu besar gula biarkan larut..

cara-caranya :

Masukkan tepung ,softener dough,bread improver,baking powder dan garam gaulkan kemudian masukkan minyak gaulkan sebati..aku guna mixer dan masukkan bahan B gaul lagi..
sekarang uli gunakan tangan sebelum tu sapu minyak masak pada tangan ya..dan terus uli sampai x tak larat nak uli..dan rehatkan doh 30 minit kemudian uli doh bulat-bulat sebesar buah langsat mcm kat gambar di bawah tu...sapu minyak dan susun..lepas tu kena rehatkan 1jam ok.panaskan oven terlebih dulu 170c api atasbawah ..masa bakar gunakan api bawah je..10 minit kemudian baru 5minit api atasbawah..


tunggu naik ya..

ok tabur badam dan chery

yang telah siap dibakar..
-SELAMAT MENCUBA-

Isnin, 15 Disember 2014

Jom buat chewy gooey yummy brownies sedap..


Assalamualaikum..
jom buat brownies mudah je..dan sedap. 
Sumber : blog Masam manis -http://www.azlitamasammanis.com/2012/07/chewy-gooey-yummy-brownies.html -mohon share minta halal ya..


Bahan-bahan (A) :

250gm butter
      400gm coklat masakkan

Cairkan butter lepas tu baru masukkan coklat gunakan teknik 
double-boiler dah siap ketepikan.biarkan sejuk.


Bahan-bahan (B) :

 90gm tepung gandum
       50gm serbuk coklat
       1 sudu kecil baking powder - saja tambah
sila ayak ya..
  
     
Bahan-bahan (C) :

  5 biji telor 
290gm gula perang
1 sudu kecil emolco coklat
1 sudu kecil esen vanilla

tambah 100gm hazelnut/badam/walnut -dipanggang dahulu( jika suka )

Cara-caranya :

Mula-mula  masuk telur,gula perang,emolco coklat dan esen vanilla gaulkan sebati guna whisk jer..lepas tu masukkan bahan A gaulkan sebati jugak kemudian baru masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau dengan cepat sebb adunan cepat likat..Tuangkan kedalam loyang
Panaskan oven 170c- terlebih dulu .bakar selama 50minit -ikut kesihatan oven masing-masing ya..hehehe..
lepas masak rehatkan dulu selama 10 minit kemudian terus potong ya.sedapnya dimakan panas-panas ..yummy...


setelah dipotong..


ni order dari umi..
  
*Jangan lupa mencuba ya rugi kalau tak mencuba..
ok..dah..dah..

-  SELAMAT MENCUBA  -









Rabu, 22 Oktober 2014

RV , marble cup cake dan tempahan kek coklat moist...


 
Ni dia nak cite sikit.. Rv ni i buat tuk adik.sian dia dah lama minta i je x masa nakbuatkan .Alhamdulilah syukur padamu Ya Allah kerana engkau memberikan aku kelapangan masa .i buat Rv ni pagi jumaat, pagi sabtu baru deco..malamnya tu lepas solat mahgrib pegi hospital bawa kek ,nasi impit dan rendang daging untuk adik ..lama jugak dah adik duk hospital dalam 4 bulan kerana darah berkuman. dia memang ada menghidapi leukemia masa kena tu umur dia 13 tahun sekrg dah 25 tahun.Ada hikmah di sebalik semua ni Allah mengetahui..janji hati adik i gembira 'Selamat hari lahir adik..Akak sayang adik semoga cepat sembuh..boleh balik rumah ya..Marble anak i yang order hehehe...suka sgt makan kek.apa je yang mama dia masak semua dia kata "sedap ..nya". ok tata layan gambar ya.. nanti I cite..lagi


RV
Rendang Daging

Nasi impit


marble 

yang tempahan dari jiran ..
 

Khamis, 9 Oktober 2014

Al-kisah Pulut Kuning punya hal !!

Ni dia pulut kuning tempahan dari member ofis ...mcm mn boleh mimpi buat pulut ni pun i x tahu.Hari jumaat 4minggu yang lalu ..member aku sibuk sgt tanya nak tempah pulut kuning.. i pun iyekan je..nak tempah dgn org lain.. harga yg diberikan sgt mahal..x berbaloi dgn kuantiti bahan..aku pun ckp x payah meh i tolong buatkan..tapi kena beli barang sendiri ..bagi upah je cukup..hari jumaat tengahari tu i dan member tu gi cari brg.sebb lunch time panjang sikit le merayau-rayau ..agaran beras pulut 3kg beb boleh dapat pulut kuning 2 layer berat dalam 8 kg ..ok byk kan... lagi jimat belanja puas hati..layer atas je aku sempat ambil pic.layer yg bawah tiada kesempatan..

Pulut kuning
Nak jadikan cite mlm tu i dah rendam beras pulut tu..esok pagi i lupa nak masak...pukul 11.50am member aku dah sampai depan rumah ok..disebabkan lewat buat pulut kuning. i suruh member i balik  dulu ptg kang i hantar. terpaksalah salah sendiri... dari setia alam ke sungai buloh boleh tahanlah jauhnya. Wahai member ku jangan marah nnti cepat tua ok... i love u muahahahha
ok ..tata..

Saya budak baru belajar.... =)


Alhamdulilah syukur...Ni nak cite sikit lama i x bercite ..Kek ni adalah tempahan dari Umi *(mak angkat i) umi ni kerap order kek kat i .seronokle jugak klu dapat tempahan ..boleh asah bakat sikit ..i pun bukan pandai noh..bolehlah setakat nak deco sikit.. nak tulis atas kek mengigil tangan..kek yang kat bawah ni setakat yang i mampu nak buat..bolehlah hentamlah labu..tapi semua cakap kek sedap..(kembang hidung i ) kehhhh..keehhh..

Red velvet...2kg+

Kek Choc Moist Ganache ...2 kg+
ok dah layan je pic ni ok...tata..

Selasa, 25 Mac 2014

Pizza homemade

Pizza homemade

Bahan untuk buat doh :

500gm tepung gandum...
1 peket yis
400ml air suam
120ml air sejuk
1 camca pelembut roti
1camca bread improver
2/4 cawan minyak masak
3 sudu besar gula

Cara-caranya:
1 peket yis campur kan dgn air suam..biar 3 minit supaya yis larut.
Campurkan tepung,pelembut roti,bread improver,gula dan minyak gaul rata.
kemudian masukkan air suam dan gaul rata.Selepas itu barulah masukkan air sejuk.
gaul sekali lagi kemudian ambil 1 sudu minyak sapu atas doh.letak doh dalam bekas bertutup.rehatkan doh selama 30 minit.bila doh dah kembang tekan-tekan dan boleh terus mencanai ikut saiz yang dikehendaki.Rehatkan doh selama 30 minit sebelum bakar.(untuk frozen) bakar 15-20minit suhu 170c.boleh simpan dalam peti sejuk nak guna boleh terus ambil.

Topping :

1 botol sos spageti
mozzarella cheese
sosej

P/S:cucuk doh yang telah dicanai menggunakan garpu..

- SELAMAT MEMCUBA YA KEKAWAN -

 
 


Ahad, 26 Januari 2014

Terengganu kita...


jom jejalan kat terengganu;;;;


rahmat dan aisy -lobby hotel

penat ke?? baru sampai..

sesampai je di Grand puteri hotel kuala terengganu ,kami check-in .semua beg diangkut ke bilik.Apa yang best hotel sekali sebab baru buka ,service pun bagus ..dan dekat dengan pasar payang ..yang special kat hotel ini ada 2 kolam renang  satu untuk lelaki dan satu wanita...apapun hotel memang selesa dan murah Rm80.00++ semalam.. selesai angkat beg ..kami berehat sekejap dan terus berjalan kaki ke pasar payang ..shopping time...

pasar payang,terengganu
Encik abg tolong bawakan beg...



Keesokkan harinya kami berjalan pulak

Pusat Santuari Penyu Rantau Abang


penyu awet

melepaskan anak penyu waktu pagi dan petang saja tapi sebb dtg lewat tak dapat peluang itu..









Pak ngah dan danial
tapi malang x dpt disedari..kerana kereta kami rosak..semasa membeli satar..dan lemang...
Selepas balik dari Pusat Santuari Penyu Rantau Abang dan terus bertolak pergi ke cherating bermalam disana pulak...bersama keluarga mertua..




Berehat di marina cove...LUMUT

Jom kita bersantai dan rehatkan minda sebentar dilumut....
pic lama tinggal kenangan..




jom kita gi tgk kapal ni namanya marina rahmat




jalan atas jambatan papan..menuju ke kapal











menuruni tangga ini untuk ke tingkat yang lain



kantin


kapal ini ada 4 tingkat
hello...


nak jadi captain kapal..



Sekian ..wassalam..

Kek batik marbeles

Asalamualaikum Lama Tak bersiar Hari ini tekak teringin nak makan kek batik.anak yang sulung asyik bertanya bila nak buat kek batik s...