Rabu, 19 Disember 2012

Kerana kau mini blueberry cheese tart aku sanggup...


kerana kau ,ku turutkan..(heheheh) best x ayat ini macam nk bersyairlah pulak..apa2 aje lah..first time aku cuba buat blueberry cheese tart,tart telur dan fruit tart..Alhamdulilah nampaknya menjadi jugak akhir.Apa yang aku cuba semuanya berjaya dan x sangka impian menjadi kenyataan.berkat dorongan dan sokongan dr hubby aku serta kekawan yg aku sayang maka terjadi segala jenis tart..memang sedap sgt .Anak mama suka makan *ayat anak mama : mama sedapnya lain kali buat byk ya kita nk makan byk2..sangat..lihat pic2 tu..ok layan..

cantikkan..

x masak lagi..
mini tart telur nampak ok..tetapi...

 mini blueberry cheese tart
mini blueberry tart untuk dijual 1 bekas rm4 


lihatlah yang lain semua ok.. tapi tart telur je x ok..kuatkan semangat aku akan terus mencuba sampai ok..

fruit tart idamanku...
selepas ini kena kuatkan semangat untuk berniaga ..sebb order dah mai.. syukur Alhamdulilah  padamu Ya ALLAH..



Rabu, 21 November 2012

Oreo cheese cake.. wah ..sedaplah..


tgk pic kt bawah itu pasti tertelan air liur korangkan ...ada x kekawan yg baik hati nk buatkan utk aku.....heheheheh tapi klu ada Alhamdulilah.klu x pun esok malam aku nk cuba buat ...hari sabtu ini bolehlah makan beramai2..heheheeh.klu larat sebb sekrg aku tgh sakit pinggang lagi x berapa baik lagi..tapi tekak ni teringin sgt nk makan..apa mcm kekwn ada berani nk bantu ..???

Oreo Cheese Cake




Isnin, 19 November 2012

Bubur cha cha yg sedap..

BUBUR CHA CHA..






Senarai bahan-bahan yg di perlukan adalah :

1 peket bubur cha cha
2- 3 sudu besar sagu biji
1 kotak santan saiz sederhana
5 sudu besar gula *secukup rasa/*ikut suka ya..
2 helai daun pandan
Air utk merebus

langkah pertama basuh bubur cha cha dan toskan.kemudian rebus bubur cha cha dan sagu
bersama air sehingga kembang.setelah kedua-dua bahan tadi kembang.masukkan gula ,
daun pandan dan santan.kacau sekali -dua .Tunggu sehingga santan mendidih dan siap untuk dihidang....

Bilalah nak buat tart blueberry teringin sesangat ini..

Tetiba je teringin nk makan tart blueberry.. resepi dah dpt.sapalah yg nk tolong buatkan..
harap2 klu buat mesti sedap sgt..jgn jadi tart keras sudah le..kang aku lempar je..
tgk resepi mcm senang ..tapi rumit.. nk buat kulit dululah bla..bla.. nanti klu aku dh cuba
buat share pic ya..tgk pic kt bawah tu..sedapkan ..

ni pic org lain dh...(pinjam ya)

Isnin, 22 Oktober 2012

Ustaz Ebit Lew Abdullah - Binalah yakin kita dan anak-anak kita hanya kepada ALLAH -

Binalah yakin kita dan anak-anak kita hanya kepada ALLAH

Keyakinan pada ALLAH ialah asas dalam Islam. Tiada tuhan melainkan ALLAH. Dialah ALLAH yang membuat segalanya. Awal agama ialah mengenal ALLAH. 

Nabi Ibrahim as, dibakar dalam api. Semua orang nak bunuh dia termasuk bapa dia. Tapi semua makhluk dan api yang besar tidak boleh bagi bahaya melainkan ALLAH. Semua makhluk keliling kita tidak boleh buat apa melainkan dengan izin ALLAH. Inilah dalam hati sahabat dan anak-anak mereka.

Tiadalah sesuatu penyakit atau musibah datang pada seseorang melainkan telah ditakdirkan oleh ALLAH.

Orang Islam dulu sangat takutkan ALLAH lebih dari segalanya. Malangnya hari ini orang lagi takut hantu, jin, syaitan lebih dari ALLAH.

Perkara yang lebih malang lagi bila apa sahaja yang berlaku dikaitkan dengan jin,saka dan syaitan. Kenapa anak malas pergi sekolah? Kenapa bergaduh? kenapa rezeki tidak datang? kenapa suka bangun lambat? kenapa malas solat dan amal agama?

Setiap orang akan bertanggungjawab atas amalannya. Nanti di akhirat ditanya kenapa malas menuntut ilmu? Ya ALLAH ada jin dalam badan saya. Boleh ke jawab macam tu? Setiap apa yang berlaku adalah kerana dosa kita dan amalan kita. Berapa banyak cerita keyakinan pada ALLAH dan dakwah dalam Al-Quran sehingga semua hal. Sangat banyak. Tetapi kenapa kita cari cerita yang tiada dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW?

Nabi dah ajar baca ayat (syifa,manzil, al maksurat) dan lain-lain. Amalkan itu sudah memadai. InshaALLAH selamat.

Banyak lagi kerja dakwah dan kayakinan pada ALLAH dan kecintaan pada Nabi SAW dan amalan Islam yang lain dan pengorbanan atas agama . Tapi ada umat ini yang menghabiskan masa mereka dengan siang dan malam dengan jin dan syaitan. Syaitan dan jin memang banyak. Tapi mereka dengan hidup mereka. Kita dengan hidup kita. Mereka cuma goda kita. Bukan masuk dalam badan kita. Nabi SAW pernah kena sihir. Tapi setle dengan 3 Qul jer.

Cukup takut jin syaitan terasa. Bila seseorang kata hantu dan jin tiada kuasa, orang kata jangan celupar mulut. Jangan merendahkan jin or syaitan nanti terkena. Sehingga tv dan pelbagai rancangan pasal hantu dan jin ini. Semoga ALLAH ampunkan dosa umat ini. Ini semua salah saya. Perkara yang lebih besar manusia mati tanpa Islam dan amalan agama tidak dihiraukan.

Kasihannya umat ini. Allah yang bagi segalanya dia tidak takut apapun. Solat lambatkan dan tinggalkan dengan sengaja tidak rasa apa. Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua. Al-Quran malas baca,pun tidak takut. Mengumpat atau fitnah saudara lagi besar pun tidak takut. Ya ALLAH apalah yang melanda kami ini. Ampunkan dosa.
kami semua.

Jangan rosakkan keyakinan anak-anak kita dengan mengaitkan semuanya dengan jin dan syaitan. Kita bertanggungjawab atas amalan kita. Kita akan dihitung dengan amalan kita. Ya ALLAH ampunkan dosa umat ini- ebitlew

Rabu, 10 Oktober 2012

hujung minggu yang indah...bersama tersayang..

Hujung minggu yang aku bersama suami n anak yg tersayang.. fikiran aku buntu x tahu mana
nak tuju ke mana .aku pun bertanya kepada suami tercinta ( mana nk pergi ya petang ni.. bosanlah duk umah)sambil fikiran melayang-layang..entah ke mana.bila dah petang baru nk bersiap-siap utk keluar..selesai bersiap.suami n anak masuk kedlam kereta dahulu.aku lah kena kunci pintu umah..tugas biasa..selepas itu barulah aku ke kereta ..baru nk meletakkan punggung kt kerusi..tiba-tiba anak aku bersuara ( mama kita nk beli ikan ya..). ku n suami saling berpandangan.. lantak aku bersuara pulak ..(bukan semalam rahmat dh beli ikan dgn dady ke).anakku membalas "semlm tu ikan lain .. hari ni nk ikan warna hitam".layan je lah..
kami bertiga menuju ke klang meronda satu bandar raya tanpa hala tuju(tapi dlm fikiran nk gi kedai ikan.. sampai je depan kedai ikan ..hampa kedai tutup sebb hari ahad..)..selepas itu pegi ke akaurium tasik shah alam.sesampai disana kami bertiga pun masuk ke dalam kedai ..ramai sungguh pengunjung .."sampai berlaga bahu..boleh dikatakan."lihatlah semua pic sungguh menarik ini..enjoy..."



anak labi-labi..

rahmat n dady..

rahmat takut.. sebb ikan tu besar katanya..

ikan-ikan kecil..aku pun x tahu ikan apa?

x berganjak tgk ikan..

anak ikan kelisa..

ikan kelisa dewasa..

ikan apa???x tahu nk jawab.


udang...

udang berlari-lari anak..kehhhe..kehhh

udang vs ikan

ikan ni besar sangat..sebesar kanak umur 4 tahun ada
besar aku  pun ada..x percaya gi tgk sendiri

mama ni ikan hitam ya...aku gelak je..

ikan pari..


ikan belida

hamster tgh tido..


ulat untuk makanan ikan...kelisa


rasa-rasanya klu x silap ni ikan parang kot..


ikan belang

tgk janggutku menarikkan...hehehehhe

ikan leper.. pandai-pandai je aku bagi nama...hahaha

ketam batu..

udang galah..

ikan harimau...aku yg bagi nama.

rahmat tanya ikan apa ni..?
dady jawab macam2 ikan ada..hahahaha

moody..k

ikan muncung panjang dah

mcm ikan buaya kan..

jom berenang ..


ikan apa ya??

ikan-ikan..kuhhhkuhhhh

byk duit siling dlm kolam ni..berhajat ke apa ke??
kaya tauke kedai mcm ni setiap kali basuh kolam dapt duit siling..
 ok selesai sudah..kami pun dh penat ..perut dh berlagu.. apa lagi masa utk makan ..rahmat nak makan apa? nk medonolahhhh.."hahhaah ketawa aku mendengar percakapan x berapa jelas n pelat..dady rahmat tersenyum..melihat terlatah anak busuknya..ni yg kami order..beratur panjang mcm nk ambil tiket pulak..

happy meal nugget 1 set ,cheese burger ala carta , ayam goreng  spicy 1 set

makan sambil tgk dady.. ni mana?

x nk ambil gambar sebb tu main lompat..

pandang dady mcm nk marah lah...
 habis sudah makan..jom kita balik.. aku dah penat...rahmat melirik matanya pada dady.haahha
sekian...: )

Isnin, 1 Oktober 2012

Dari Muar singgah ke Melaka.. ada beran ker??

kami bertiga memang suka travel kemana saja tapi x adalah sampai ke oversea hahaha (muka seposen).Apa-apapun x merancang nk pergi melaka semuanya secara kebetulan.
Dari Muar singgah ke Melaka.Boleh x bayangkan sebelum nak pergi itu macam-macam hal.
Pagi itu, kami sempat beraya 2 tempat iaitu rumah sepupu suamiku diBangi dan Banting.
Habis beraya 2 buah rumah itu jam2.30pm.( letih gila ) kamipun berangkat pulang ke rumah dalam perjalanan itu.Tiba-tiba otak aku teringat nk gi muar **rumah kawanku kawin**(saja gatal nk merayau2) dalam kereta aku terus call k.cah aku ( tanya gi ker x? )k.cah jadi gi.aku duk tanya abg sayanglah *jawab..boleh ajeee,..seronoklah sangat sebab x pernah singgah lagi kat muar teringin nk tgk tempat org..Sampai je rumah apa lagi macam lipas kudunglah kemas baju aku ,anak,suami.bertolak jam 6.30 petang ,perkara biasa yg selalu anak aku buat masuk je dalam kereta mulalah nk tido..sicilik ku bersuara 'mama duk belakang mad duk depan..'..hishhh sabar je lah..hari pun dh gelap jam pun x tahu pukul berapa..k.cah dah sampai awal sempat gi meronda..aku dgn suami masih kt highway lagi...sampai muar call k.cah dh orderkan bilik.. jadilah hotel bajet pun  hotel bajetlah.. paling dekat dgn umah kawan..k.cah dah sampai boleh landing dalam bilik der (k.cah n family)...memang dekat sgt.(x sampai 5 minit pun)..chek in hotel ,angkat beg baju letak dalam bilik.terus keluar gi umah kawan sebb malam tu dia akad nikah kat umah..sampai je jumpa diaorg kejap ..lepas itu makanlah sebb dh lapar sgt...sempat jugak ambil gambar..nilah gambar diaorg berdua comelkan sama padan,sama cantik...Adik berdua kiri n kanan itu comel  sgt..jadi pengapit...Selesai sudah majlis akad nikah.. balik hotel masa utk tido...ZZZzzzz


Selamat Pengantin untuk Akim n Norli semoga berbahagia hingga ke syurga
Keesokan hari pagi-pagi family aku n family k.cah dah bangun..semua bersiap-siap utk gi sarapan sambil itu  kita cuci mata melihat kawasan persekitaran.. jom tgk monyet..(tapi gambar x ada)..balik kemas barang utk chek out serta bersiap utk ke majlis kawin *bersanding..makan lagi.. sampai perut penuh..2.30petang..Bergerak menuju ke melaka.." selamat datang ke sungai rambai " jom kita redah je...

Jom jalan -jalan makan angin..
sesampai je kat melaka biasalah ..jalan jem gila. aku n suami dh letih sebab berpusing-pusing tersalah masuk jalan.family k.cah pun tersalah masuk jalan ..terpisah lah kami 2 keluarga ni.. aku ke mana entah ..dia 1family pun entah ke mana. melaka yang selalu gi pun le sesat lawakkan..sabar je mak jemah ni..rasa nk naik hangin jer ni.nasib baik pusing punya pusing akhirnya dpt jugak parking tapi aku dh terpisah dari   k.cah .lantaklah malas nk fikir turun je kereta .aku pandang  sebelah kiri ternampak k.cah n family..itulah ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Mendengar keluhan hati kecilku ini.Alhamdulilah..Apa lagi kami semua terus gi berjalan kaki  menghala ke "MELAKA RIVER CRUISE"

Harga Tiket River Cruise
sesampai je dikaunter tiket.. en.abg berdua itulah yg belikan tiket (hehehehe)..
aku n k.cah gi beli makanan ringan sambil melihat anak-anak semua bermain..selesai membeli tiket kami semua beratur sebelum menaiki  river cruise dan memberikan tiket utk tujuan pemeriksaan kepd pegawai river cruise...seronok rasanya apabila melihat anakku n anak k.cah ketawa,tersenyum n teruja dpt duduk didlm river cruise..lihatlah mereka senyum sampai ke telinga...

Family Bahagia kawan ku..peace bro..


Family ku..
suamiku x sempat nk tunggu river tu bergerak ..dia ngap dulu sandwich "katanya lapar '.. seronok juga dpt naik sebb aku sendiri pun x pernah naik river ni.. sepanjang perjalanan aku menyusuri  sungai ..di sebelah kiri ada kg.montan, kg.jawa dan mcm-mcm nama kg.. aku x beringat sgt. mcm nama kawasan rumah suami aku...( abg kita dah sampai rumah kita kg.jawa jom balik) kehhh..kehhh.. kami semua ketawa serentak. mcm x sangka kt sini pun ada juga nama kg yg sama.


Indah Sungguh Pemandangan
cantikkan pemandangan dinding belakang rumah yg dilukis. setiap belakang rumah sehingga ke hulu sg dilukis dan bajet diberi oleh kerajaan negeri melaka kepada setiap ketua isi rumah supaya dapat mencantikkan lagi kawasan ini utk dijadikan sebagai satu lagi daya tarikan pelancongan utk dtg ke melaka.selain itu,menara keris tambing sari
aku x naik takut der ).kawasan rumah baba nyonya, pasar malam..dan byk lagi kawasan- kawasan yg menarik terdapat di melaka..jam ditangan telah menujukan pukul 7pm dan kami telah sampai ke destinasi terakhir "CASA DEF RIO " (tgk dr luar je)..river pun berhenti ditebing sg bagi menurunkan pelancongan dlm mahupun luar negara..jom ke kereta..

CASA DEF RIO
k.cah n suaminya berjalan kaki berserta suamiku tapi aku dgn budak bertiga ni menaiki beca..hahah..x tahulah larat x pakcik ni bawa aku n bebudak bertiga ni...sampai kt tempat parking kereta.. aku pun nk bayar pakcik RM20 ringgit seperti yg dijanjikan..sebb pakcik baik hati bagi separuh harga dari RM20 lepas disc jadi RM10.. ok terima kasih byk ya pakcik ...kami semua menaiki satu (kereta aku lah) kerana kereta k.cah parking jauh sebelah banggunan sana.kami menghantar k.cah n  family ke parking...dan kami semua bergerak ke 'UMBAI IKAN BAKAR PARAMESWARA'

Setelah seharian berjalan-jalan..perutku pun dah mendendangkan irama syaduh..
sampai je tgk ramainya pelanggan sampai x ada tempat nk duduk.. tapi aku cari je tempat duduk sebb dah x larat nk berdiri.. seharian berjalan-jalan ..tunggu 30 minit baru dtg ambil order air..20 minit kemudian air baru sampai dgn nasi putih. air aku dh tinggal separuh barulah lauk sampai.tgk makanan yg di order sungguh menyelerakan..memang sedap hingga menjilat jari.. kami semua dgn penuh perasaan sekali...yummmyummmm sampai licin tinggal pinggan..

menu yg lazat ada lagi x sampai ikan 3 rasa besar punyoo..n sotong goreng tepung
Alhamdulilah ..kenyang semua org.. bayar bahagi 2 ok.. harga boleh tahanlah..RM195.00..
mcm x percaya..lepas ini pasti takut nk makan kat sini ..terkejut beruk..mak jemah..


Kek batik marbeles

Asalamualaikum Lama Tak bersiar Hari ini tekak teringin nak makan kek batik.anak yang sulung asyik bertanya bila nak buat kek batik s...