Assalamualaikum..
jom buat brownies mudah je..dan sedap.
Sumber : blog Masam manis -http://www.azlitamasammanis.com/2012/07/chewy-gooey-yummy-brownies.html -mohon share minta halal ya..
Bahan-bahan (A) :
250gm butter
400gm coklat masakkan
Cairkan butter lepas tu baru masukkan coklat gunakan teknik
double-boiler dah siap ketepikan.biarkan sejuk.
Bahan-bahan (B) :
90gm tepung gandum
50gm serbuk coklat
1 sudu kecil baking powder - saja tambah
sila ayak ya..
Bahan-bahan (C) :
5 biji telor
290gm gula perang
1 sudu kecil emolco coklat
1 sudu kecil esen vanilla
tambah 100gm hazelnut/badam/walnut -dipanggang dahulu( jika suka )
Cara-caranya :
Mula-mula masuk telur,gula perang,emolco coklat dan esen vanilla gaulkan sebati guna whisk jer..lepas tu masukkan bahan A gaulkan sebati jugak kemudian baru masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau dengan cepat sebb adunan cepat likat..Tuangkan kedalam loyang
Panaskan oven 170c- terlebih dulu .bakar selama 50minit -ikut kesihatan oven masing-masing ya..hehehe..
lepas masak rehatkan dulu selama 10 minit kemudian terus potong ya.sedapnya dimakan panas-panas ..yummy...
setelah dipotong.. |
ni order dari umi.. |
*Jangan lupa mencuba ya rugi kalau tak mencuba..
ok..dah..dah..
- SELAMAT MENCUBA -
rajin si amy ni.memang patut diberi pujian
BalasPadamheehee..terima kasih..
BalasPadammcm sedap je.brp rm 1 bekas plastic tu mi?
BalasPadam