Sabtu, 23 Februari 2019

Kek batik marbeles



Asalamualaikum
Lama Tak bersiar Hari ini tekak teringin nak makan kek batik.anak yang sulung asyik bertanya bila nak buat kek batik sedap katanya..
Apa lagi operasi mencari resepi kek batik di en Google le.resepi Ada Kat bawah kalau korang free boleh Cuba senang je..

Resipi kek batik marbeles

Bahan:
1 peket biskut Meri
250gm mentega
1 tin susu pekat Manis
200gm Milo
3 sudu besar coklat/coco
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
Masukkan mentega dalam kuali.Buka api dan biarkan mentega cair.
Kemudian masukkan susu pekat,Milo Dan serbuk coco.kacau sehingga sebati.tutup api dapur lepas tu baru masukkan biskut meri yg telah dipatah-patahkan.kacau sehingga coklat bersalut rata dengan biskut meri.sediakan bekas untuk letak kek batik.tekan kek batik hingga rata dan padat.
simpan dalam peti sejuk selama 4 jam.lepas  tu boleh potong dan hidangkan.
selamat menjamu selera dan selamat mencuba😎😎

PS:
Nak mudah lapkan bekas dengan plastik.supaya nanti senang nak keluarkan dari bekas untuk dipotong.

Baru masukkan biskut Meri sebelum dikacau sebati.



Kek batik yang telah siap.

Selasa, 22 November 2016

Menu : Japchea korean Food..

Assalamualaikum..

bertemu kita lagi.lama x update blog hehehe.sejak ada baby sibuk sgt.sampai x ada masa nak buka blog.hari ini ,nak kongsi resepi Japchea ni .walaupun baru pertama kali buat tetapi memang le sedap sesangat dan membuatkan i jatuh hati kat japchea..ilmu ni kita perlu kongsi ya..nanti dapat pahala Alhamdulilah..


JAPCHEA..Terliur tak korang?


Letak dalam dulang sebab banyak sgt




ni pun nak makan dengan nasi ...





Resepi japchea

500gm daging
1 ikat bayam( beli yg dah siap ikat )
1 peket kecil suhun
1 batang carot
1 peket cendawan shitake 
1 biji bawang holand
1 biji cili bangala merah(x ada ganti cili api merah)
1 ikat kecil daun bawang
1 sudu besar bijan(bakar sedikit)
lada hitam
gula perang
garam
minyak bijan
kicap cair
minyak zaiton


Cara-cara buatnya:

1-Basuh Daging potong kecil.kemudian perap dengan 1 sudu kecil gula perang,1 sudu kecil minyak bijan,1 sudu kecil kicap cair.perap 1-2 jam dan simpan dlm peti sejuk.
2-lepas tu tadah air dlm periuk dan letak atas dapur apa lagi masak air la.bila air dah mendidih rebus suhun hingga masak.tapis dan letak dalam bekas.
3-kemudian rebus bayam hingga masak.tapis sampai kering air.campurkan bayam dgn suhun dlm 1 bekas tambah 1 sudu kecil gula perang,1 sudu kecil minyak bijan,1 sudu kecil kicap cair dan gaul sebati.
4-potong panjang2 carot,cili bangala merah,daun bawang.hiris cendawan dan bawang holand kemudian goreng dgn 2 sudu minyak zaiton dan letak garam secukup rasa.bila dah masak campurkan dgn bayam n suhun tadi.gaul rata.
5-goreng daging yg diperap tadi dgn 2 sudu minyak zaiton.bila dah masak campurkan semua sekali
letak bijan,1 sudu kecil gula perang,1 sudu kecil minyak bijan,1 sudu kecil kicap cair dan gaul rata.
siap untuk dihidang...


SELAMAT MENJAMU SELERA..SEDAPNYA ..





Khamis, 7 Mei 2015

Assalamualaikum..



Maaf ya buat masa ini takle nak kongsi idea masakkan.Mungkin kerana penat.Insya Allah klu ada kelapangan le kita kongsi idea ya..Rasanya lama x berblogger ini ..ok dah..jumpa lagi..

Khamis, 18 Disember 2014

tempahan roti sarang lebah..


Assalamualaikum..salam jumaat..
hari ini i dapat tempahan dari Kak aza ..terima kasih kak aza lain kali order lagi ya..
              Cream puff yang pic kat bawah tu baru belajar ..nanti i bagi resepi..ya..
-SELAMAT MENJAMU MATA-


tunggu roti naik..
cream puff  telah siap dibakar
 custard dah siap dimasak

dah siap boleh makan. inti i letak dalam

roti sarang lebah dah siap..



ROTI SARANG LEBAH...saya suka..




Assalamualaikum..
Pertama kali aku buat roti ni ..alhamdulilah jadi jugak sebab teringin sgt nak makan..
terima kasih pada penyumbang resepi. aku x ingat namanya maaf ya..


Bahan (A) simple je..

2 cawan tepung roti/ tepung gandum- aku campurkan 1cawan tpg roti & 1 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak/butter cair
1 sudu kecil softener dough
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil double acting baking powder
sedikit garam

Bahan (B) campurkan :
1/2 air suam ,1 sudu besar mauripan - bagi yis kembang dulu ya.kemudian baru masukkan 1/2 cawan yogurt dan 1 sudu besar gula biarkan larut..

cara-caranya :

Masukkan tepung ,softener dough,bread improver,baking powder dan garam gaulkan kemudian masukkan minyak gaulkan sebati..aku guna mixer dan masukkan bahan B gaul lagi..
sekarang uli gunakan tangan sebelum tu sapu minyak masak pada tangan ya..dan terus uli sampai x tak larat nak uli..dan rehatkan doh 30 minit kemudian uli doh bulat-bulat sebesar buah langsat mcm kat gambar di bawah tu...sapu minyak dan susun..lepas tu kena rehatkan 1jam ok.panaskan oven terlebih dulu 170c api atasbawah ..masa bakar gunakan api bawah je..10 minit kemudian baru 5minit api atasbawah..


tunggu naik ya..

ok tabur badam dan chery

yang telah siap dibakar..
-SELAMAT MENCUBA-

Isnin, 15 Disember 2014

Jom buat chewy gooey yummy brownies sedap..


Assalamualaikum..
jom buat brownies mudah je..dan sedap. 
Sumber : blog Masam manis -http://www.azlitamasammanis.com/2012/07/chewy-gooey-yummy-brownies.html -mohon share minta halal ya..


Bahan-bahan (A) :

250gm butter
      400gm coklat masakkan

Cairkan butter lepas tu baru masukkan coklat gunakan teknik 
double-boiler dah siap ketepikan.biarkan sejuk.


Bahan-bahan (B) :

 90gm tepung gandum
       50gm serbuk coklat
       1 sudu kecil baking powder - saja tambah
sila ayak ya..
  
     
Bahan-bahan (C) :

  5 biji telor 
290gm gula perang
1 sudu kecil emolco coklat
1 sudu kecil esen vanilla

tambah 100gm hazelnut/badam/walnut -dipanggang dahulu( jika suka )

Cara-caranya :

Mula-mula  masuk telur,gula perang,emolco coklat dan esen vanilla gaulkan sebati guna whisk jer..lepas tu masukkan bahan A gaulkan sebati jugak kemudian baru masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau dengan cepat sebb adunan cepat likat..Tuangkan kedalam loyang
Panaskan oven 170c- terlebih dulu .bakar selama 50minit -ikut kesihatan oven masing-masing ya..hehehe..
lepas masak rehatkan dulu selama 10 minit kemudian terus potong ya.sedapnya dimakan panas-panas ..yummy...


setelah dipotong..


ni order dari umi..
  
*Jangan lupa mencuba ya rugi kalau tak mencuba..
ok..dah..dah..

-  SELAMAT MENCUBA  -









Rabu, 22 Oktober 2014

RV , marble cup cake dan tempahan kek coklat moist...


 
Ni dia nak cite sikit.. Rv ni i buat tuk adik.sian dia dah lama minta i je x masa nakbuatkan .Alhamdulilah syukur padamu Ya Allah kerana engkau memberikan aku kelapangan masa .i buat Rv ni pagi jumaat, pagi sabtu baru deco..malamnya tu lepas solat mahgrib pegi hospital bawa kek ,nasi impit dan rendang daging untuk adik ..lama jugak dah adik duk hospital dalam 4 bulan kerana darah berkuman. dia memang ada menghidapi leukemia masa kena tu umur dia 13 tahun sekrg dah 25 tahun.Ada hikmah di sebalik semua ni Allah mengetahui..janji hati adik i gembira 'Selamat hari lahir adik..Akak sayang adik semoga cepat sembuh..boleh balik rumah ya..Marble anak i yang order hehehe...suka sgt makan kek.apa je yang mama dia masak semua dia kata "sedap ..nya". ok tata layan gambar ya.. nanti I cite..lagi


RV
Rendang Daging

Nasi impit


marble 

yang tempahan dari jiran ..
 

Kek batik marbeles

Asalamualaikum Lama Tak bersiar Hari ini tekak teringin nak makan kek batik.anak yang sulung asyik bertanya bila nak buat kek batik s...