laman hati

Selasa, 22 November 2016

Menu : Japchea korean Food..

Assalamualaikum..

bertemu kita lagi.lama x update blog hehehe.sejak ada baby sibuk sgt.sampai x ada masa nak buka blog.hari ini ,nak kongsi resepi Japchea ni .walaupun baru pertama kali buat tetapi memang le sedap sesangat dan membuatkan i jatuh hati kat japchea..ilmu ni kita perlu kongsi ya..nanti dapat pahala Alhamdulilah..


JAPCHEA..Terliur tak korang?


Letak dalam dulang sebab banyak sgt




ni pun nak makan dengan nasi ...





Resepi japchea

500gm daging
1 ikat bayam( beli yg dah siap ikat )
1 peket kecil suhun
1 batang carot
1 peket cendawan shitake 
1 biji bawang holand
1 biji cili bangala merah(x ada ganti cili api merah)
1 ikat kecil daun bawang
1 sudu besar bijan(bakar sedikit)
lada hitam
gula perang
garam
minyak bijan
kicap cair
minyak zaiton


Cara-cara buatnya:

1-Basuh Daging potong kecil.kemudian perap dengan 1 sudu kecil gula perang,1 sudu kecil minyak bijan,1 sudu kecil kicap cair.perap 1-2 jam dan simpan dlm peti sejuk.
2-lepas tu tadah air dlm periuk dan letak atas dapur apa lagi masak air la.bila air dah mendidih rebus suhun hingga masak.tapis dan letak dalam bekas.
3-kemudian rebus bayam hingga masak.tapis sampai kering air.campurkan bayam dgn suhun dlm 1 bekas tambah 1 sudu kecil gula perang,1 sudu kecil minyak bijan,1 sudu kecil kicap cair dan gaul sebati.
4-potong panjang2 carot,cili bangala merah,daun bawang.hiris cendawan dan bawang holand kemudian goreng dgn 2 sudu minyak zaiton dan letak garam secukup rasa.bila dah masak campurkan dgn bayam n suhun tadi.gaul rata.
5-goreng daging yg diperap tadi dgn 2 sudu minyak zaiton.bila dah masak campurkan semua sekali
letak bijan,1 sudu kecil gula perang,1 sudu kecil minyak bijan,1 sudu kecil kicap cair dan gaul rata.
siap untuk dihidang...


SELAMAT MENJAMU SELERA..SEDAPNYA ..





2 ulasan:

  1. Wah..lama tak bersiaran, sekali bersiaran keluar menu best.bagus-bagus, Nampak sedap..boleh try.

    BalasPadam